PADANG BESAR - Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Perlis akan terus bersama Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menyokong segala agenda yang dibuat untuk kesejahteraan negara.
Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, mereka juga bersedia untuk membantu memperbaiki 'kerosakan’ yang berlaku selama ini seperti kenaikan harga barang.
Iklan
Iklan
"Segala kerosakan telah kita lihat (seperti) harga barang naik, api perkauman disemarakkan, pasaran saham merudum,” katanya kepada media selepas program Ceramah Perdana Muafakat Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Santan di Kampung Padang Pauh Utara dekat sini malam tadi.
Sementara itu, Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau menegaskan kononnya Ahli Parlimen Pakatan Harapan mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan adalah dakwaan semata-mata.
"Jika mereka ada sokongan majoriti mustahil Perdana Menteri baharu dilantik baru-baru ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut. - Bernama