Lelaki dikhuatiri lemas motosikal terbabas dalam tali air

Iklan
639256

TANJONG KARANG - Seorang penunggang motosikal dikhuatiri lemas selepas terbabas ke dalam tali air Jalan Ban Kanal, Parit 2, Sungai Burong di sini malam tadi.

Mangsa, Mohd Hafiz Roizan, 21, dipercayai gagal mengawal motosikal ditunggangnya lalu terjunam ke dalam air.

Iklan
Iklan

Ketua Zon 7, Jabatan Bomba dan Penyalamat Selangor, Muhd Raffanjani Rahim berkata, Pasukan Balai Bomba dan Penyalamat (BBP) Tanjong Karang menerima panggilan jam 9.33 malam tadi.

"Siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan menuju pulang ke rumah keluarganya yang terletak berhampiran tempat kejadian," katanya.

Iklan

Beliau berkata, sepasukan BBP Tanjong Karang dikerah ke lokasi kejadian dan sejurus tiba mendapati motosikal yang terjunam ke dalam tali air dibawa naik penduduk kampung.

Katanya, BBP Tanjong Karang kemudiannya melakukan operasi mencari dan menyelamat di permukaan air.

Iklan

"Kita juga telah menutup kunci air berikutan arus deras menyukarkan gerakan mencari dan operasi ditangguhkan sementara pada jam 4 pagi tadi," katanya.

Muhd Raffanjani berkata, operasi kemudian disambung semula pada jam 9.40 pagi tadi membabitkan (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Shah Alam.

"Seramai 12 anggota PPDA dikerah ke lokasi kejadian dan sehingga kini operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas sedang giat dijalankan," katanya.