Syor lantik wanita dalam parlimen tanpa pilihan raya

Iklan
Haniza (kiri) bersama barisan kepimpinan wanita PKR pusat dan Zon Tengah (Selangor dan Wilayah Persekutuan) sempena perasmian Konvensyen Wanita PKR 2019 dan Pelancaran Kempen Membanteras Keganasan Terhadap Wanita di Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA - Kerajaan disyorkan agar mengguna pakai kaedah pelantikan Ahli Parlimen dan Dun) tanpa melalui proses pilihan raya bagi memastikan sasaran penglibatan 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan dalam kerajaan dapat dicapai.

Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha berkata, usul itu menjadi perkara yang menjadi fokus wanita PKR supaya ia mendapat perhatian seterusnya memperkasakan penglibatan wanita dalam sistem kerajaan.

Iklan
Iklan

"Satu pertemuan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sedang diatur berhubung perkara ini.

"Ini antara langkah yang progesif perlu dibuat jika benar-benar mahu melibat penglibatan wanita dalam parlimen dan menentukan bilangan yang wajar untuk bawa agenda berkaitan wanita,” katanya sempena Konvensyen Wanita PKR 2019 Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Iklan

Menurutnya, kaedah sama diguna pakai di beberapa negara luar untuk menambah bilangan wanita dalam parlimen dan terbukti mampu memberi lebih impak dalam sebarang dasar yang dibuat kerajaan.

"Kita mahu cadangkan ‘electoral reform’ di mana kita boleh melantik pemimpin wanita untuk duduk dalam parlimen tetapi tidak perlu ada kawasan. Ini telah dilaksanakan di negara Jerman, dan negara-negara Afrika.

Iklan

Dalam masa sama, Haniza yang juga Adun Lembah Jaya berkata, dalam peringkat parti juga beliau mahu penglibatan wanita terus diperkasakan dengan konsisten.

"Satu surat peringatan kepada semua pengerusi majlis pimpinan negeri akan dikeluarkan untuk melantik wanita dalam pelbagai peringkat jawatan politik untuk mencapai hasrat 30 peratus penglibatan wanita.

"Satu jawatankuasa bertindak khas akan dibentuk berperanan mengaudit pencapaian dasar tersebut sama ada tercapai atau masih jauh dari sasaran,” katanya.

Sementara itu, Konvensyen zon tengah yang menghimpunkan kira-kira 500 jawatankuasa wanita PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan itu bertujuan memperkenalkan saf kepimpinan wanita peringkat pusat dan negeri.

Dalam program sama Kempen Membanteras Keganasan Terhadap Wanita turut dilancarkan.