Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera ditutup tujuh hari
Iklan
Gambar hiasan
GEORGETOWN - Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera akan ditutup sementara selama tujuh hari bermula 18 Jun depan untuk kerja penyelenggaraan tahunan berjadual kedua dalam tahun ini.
Menurut kenyataan Perbadanan Bukit Bendera (PHC), perkhidmatan kereta api itu akan beroperasi semula selepas penyelenggaraan tahunan selesai pada 25 Jun.
Iklan
Iklan
"PHC melaksanakan kerja penyelenggaraan berjadual sebanyak dua kali setahun di bawah pengawasan syarikat pengeluar funikular iaitu Garaventa AG daripada Switzerland untuk memastikan sistem funikular sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan memenuhi pemeriksaan syarat keselamatan yang ketat.
"PHC juga menjalankan pemeriksaan rutin dan penyelenggaraan terhadap sistem funikular pada setiap hari, mingguan dan bulanan serta pemeriksaan selepas waktu operasi,” menurut kenyataan itu.
Iklan
Sepanjang tempoh penutupan itu, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan jip dikendalikan oleh syarikat persendirian dari Taman Botani atau menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera.
"PHC mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung atas kesabaran dan sokongan berterusan kepada Bukit Bendera. Sebarang kesulitan amatlah dikesali,” menurut kenyataan itu.
Iklan
Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi PHC di talian 04-8288880 atau e-mel kepada inquiries@penanghill.gov.my. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>