Kerajaan Perak terancam, kata Farhash Wafa Salvador

Iklan
FARHASH SALVADOR

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak meramalkan kerajaan Perak akan mengalami nasib sama dengan negeri-negeri lain yang bertukar pentadbiran susulan pertukaran kerajaan di peringkat Pusat.

Pengerusinya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, desas-desus mengenai kemungkinan berlaku pengkhianatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) di Perak menguatkan lagi spekulasi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya dimaklumkan mereka akan bergabung dengan Perikatan Nasional dan perkara ini sudah dijangka setelah melihat perkembangan kemelut politik minggu lepas.

"PKR akan terus dengan usaha reformasi dan memilih pemimpin yang telus dengan tiadanya kabilah 'kartel'. Ahli politik sampah yang sanggup menggadaikan diri tidak layak bertanding di pilihanraya kelak kerana apa yang dikejar hanyalah kuasa dan wang dan bukannya memperjuangkan hak rakyat negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Farhash Wafa Salvador berkata, demikian sebagai mengulas mengenai laporan sebuah portal yang mendedahkan kemungkinan tiga ADUN PH akan melompat termasuk satu daripadanya merupakan wakil rakyat PKR.

Menurutnya, hak rakyat harus dipelihara melalui usahasama ahli politik tanpa mengira kepentingan diri.

Iklan

Terdahulu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menafikan laporan portal tersebut mendakwa dua ADUN DAP akan melompat parti susulan perubahan kerajaan yang dijangka berlaku di Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: DAP Perak nafi ADUN mereka lompat parti