Muhyiddin bertemu Mufti Wilayah Persekutuan

Iklan
Muhyiddin (kanan) mengaminkan doa yang dibacakan Dr Zulkifli semasa menerima kunjungan Mufti Wilayah Persekutuan itu di Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali (kiri). Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, di pejabatnya di Perdana Putra di sini.

Ia merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua tokoh itu, selepas Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada Ahad lepas.

Iklan
Iklan

Zulkifli dilihat menyerahkan buku tulisannya Bayan Linnas: Penjelasan Isu-Isu Semasa dan kitab Matla' Al Badrain karya Syeikh Muhammad Daud Al-Fatani yang disusun semula dan dikemaskini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kepada Muhyiddin.

Muhyiddin menyambut ketibaan Dr Zulkifli di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali (kanan). Foto: Bernama
Iklan

Tokoh agama yang dekat di hati masyarakat itu kemudiannya diberikan penghormatan membacakan doa yang antara lain, memohon agar Perdana Menteri dikurniakan kekuatan dan kesejahteraan untuk memimpin negara ke arah lebih cemerlang.

Iklan

Usai doa, kedua-dua mereka meneruskan agenda dengan mengadakan pertemuan empat mata yang berlangsung selama 45 minit. - Bernama