Covid-19: Twitter saran kakitangannya bekerja dari rumah

Iklan
Twitter -Foto 123rf

SAN FRANCISCO - Twitter Inc pada Isnin mengesyorkan kira-kira 5,000 kakitangannya supaya bekerja dari rumah, di tengah-tengah kebimbangan mengenai penularan wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Xinhua.

Rangkaian media sosial itu berkata, pihaknya melakukan"perubahan besar" terhadap dasarnya, demi memastikan keselamatan petugas di Amerika Syarikat (AS) dan di seluruh dunia.

Iklan
Iklan

Selain itu, Twitter juga menggantung semua perjalanan dan urusan perniagaan yang tidak penting.

"Bermula hari ini, kami menggalakkan semua kakitangan di seluruh dunia bekerja dari rumah," kata rangkaian media sosial yang berpangkalan di San Francisco itu.

Iklan

Bagaimanapun, ibu pejabatnya di San Francisco dibuka seperti biasa.

Pekerja Twitter berpangkalan di Hong Kong, Jepun, dan Korea Selatan dikehendaki bekerja dari rumah mengikut keperluan kerajaan tempatan.

Iklan

Penyertaan Ketua Pegawai Eksekutif Jack Dorsey di satu persidangan yang akan berlangsung di Austin, Texas, akhir bulan ini juga dibatalkan.

Sehingga 2 Mac, kira-kira 89,000 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Di AS sahaja kes meningkat sekurang-kurangnya 91, termasuk enam kematian. -Bernama