Tiada kes Covid-19 di Bandar Putra Kulai

Iklan
Surat rasmi daripada Persatuan Penduduk Alpinia Bandar Putra Kulai tular di media sosial menyatakan ada individu dijangkiti Covid-19 di sekitar kawasan perumahan itu.

KULAI - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) tidak mengeluarkan sebarang arahan melarang penduduk Bandar Putra Kulai di sini mengunjungi padang dan taman permainan di kawasan tersebut berikutan dakwaan penularan koronavirus (Covid-19).

JKNJ dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, sehingga hari ini tiada kes Covid-19 dilaporkan di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

"JKNJ menasihatkan penduduk di sini untuk tidak mengeluarkan nasihat mengenai Covid-19 tanpa mendapat maklumat yang sahih dari pihak Jabatan Kesihatan.

"Ini boleh menimbulkan situasi panik atau kebimbangan dalam kalangan penduduk dan menyukarkan pihak Jabatan Kesihatan menjalankan tugas dengan tenang," katanya.

Iklan

Terdahulu, tular di media sosial surat rasmi daripada Persatuan Penduduk Alpinia Bandar Putra Kulai menyatakan ada individu dijangkiti Covid-19 di sekitar kawasan perumahan itu.

Surat itu turut mengeluarkan kenyataan supaya penduduk mengelak mengunjungi kawasan padang dan taman permainan kanak-kanak sehingga diberitahu, selain menangguhkan aktiviti keramaian.

Iklan