Kamera pintar, monitor bayi berisiko digodam

Iklan
Kamera dan monitor bayi yang dihubungkan dengan internet lebih terdedah untuk diserang.

LONDON - Monitor bayi dan kamera keselamatan pintar yang digunakan di rumah berisiko digodam oleh penjenayah siber.

Menurut Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSC) yang berpangkalan di United Kingdom, kata laluan yang lemah boleh membenarkan penyerang dalam talian mengawal kamera tanpa wayar dan mengintip keluarga tersebut di rumah mereka.

Iklan
Iklan

Ketua Eksekutifnya, Ciaran Martin berkata, kamera dan monitor bayi yang dihubungkan dengan internet lebih terdedah untuk diserang.

"Nasihat kepada pengguna adalah supaya memastikan peranti mereka selamat termasuk menggunakan kata laluan yang lebih stabil.

Iklan

"Kami biasa melihat bukti yang menunjukkan penjenayah siber berminat untuk mengeksploitasi kelemahan baharu ini. Bagaimanapun, kami tidak mengatakan ia berlaku secara besar-besaran," katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

Amaran itu dikeluarkan susulan penyelidikan oleh kumpulan pengguna Which? yang mendedahkan tentang kelemahan keselamatan yang serius dalam peranti termasuk kamera tanpa wayar dan mainan seperti walkie talkie.

Iklan

Kamera CCTV pintar di rumah yang menggunakan WiFi untuk disambung ke internet memudahkan penggodam mengendalikan peranti berkenaan dari jauh.

Dengan cara yang sama, monitor bayi biasanya menawarkan fungsi untuk ibu bapa memantau anak mereka melalui telefon menggunakan internet.

"Teknologi pintar seperti kamera dan monitor bayi adalah inovasi hebat tetapi tanpa langkah keselamatan yang tepat, mereka boleh terdedah kepada penyerang siber," kata Pengarah teknikal NSCS, Dr Ian Levy.

NSCS turut menasihatkan pengguna mengambil tiga langkah mudah iaitu pertama menukar kata laluan kepada yang lebih selamat, kedua, sentiasa mengemas kini perisian keselamatan dan ketiga, menutup ciri capaian jauh jika mereka tidak menggunakannya. - Agensi