Pegawai Kanan ILP Kota Bharu disiasat

Iklan
Hasanuddin

KOTA BHARU - Pihak polis membuka kertas siasatan terhadap seorang pegawai kanan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, di sini, berhubung perbuatan khianat menendang tiga motosikal penuntut ketika sesi pendaftaran di institusi itu, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, siasatan dibuka di bawah akta khianat selepas pihak polis menerima satu laporan daripada salah seorang mangsa dalam kejadian itu.

Iklan
Iklan

"Sehubungan itu, pihak kami sudah mengambil keterangan lelaki berusia 40-an terbabit selama dua jam pada jam 7 hingga 9 malam tadi (semalam).

"Selepas berpuas hati dengan keterangan yang diambil, suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya kepada pemberita tadi.

Semalam, tular rakaman berdurasi seminit 28 saat memaparkan tindakan kakitangan awam terbabit menendang tiga motosikal yang diletakkan di hadapan surau hingga menyebabkan barang yang diletakkan dalam raga turut jatuh.

Iklan

Rakaman dikongsi seorang individu di laman sosial Facebook sehingga memperoleh 4,300 perkongsian, 3,200 komen dan 1,300 reaksi daripada netizen hanya dalam tempoh dua jam, bagaimanapun dipercayai sudah dipadamkan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tendang motosikal: Pegawai ILP diberi cuti seminggu]