Marina, Ambiga antara 15 aktivis dirakam keterangan

Iklan
Ambiga dan Marina hadir ke IPD Dang Wangi hari ini untuk dirakam keterangan berhubung perhimpunan di hadapan sebuah pusat membeli belah Ahad lalu.

KUALA LUMPUR - Aktivis sosial, Datin Marina Mahathir dan bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan bersama 15 aktivis lain tiba di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi hari ini untuk dirakam keterangan berhubung perhimpunan di hadapan pusat membeli-belah Sogo di sini Ahad lalu.

Kesemua individu itu tampil di IPD Dang Wangi pada jam 2.20 petang untuk dirakam keterangan mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Iklan
Iklan

Marina berkata, tindakan polis memanggil beliau itu mengimbas kembali nostalgia sebelum Mei 2018.

"Saya memberi kerjasama kepada anggota polis yang telah memanggil saya untuk hadir ke IPD Dang Wangi," katanya.

Iklan

Sementara itu Ambiga berkata, kebebasan bersuara dan berkumpul secara damai adalah hak rakyat.

"Ia tidak masuk akal untuk mengharapkan orang ramai berdiam diri selepas apa yang berlaku (isu politik) beberapa hari lalu," katanya.

Iklan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum ini mengesahkan Ambiga dan Marina disiasat susulan pembabitan mereka dalam perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia’ yang berlangsung dari hadapan sebuah pusat beli belah.

Demonstrasi itu diadakan bagi membantah pelantikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan selepas seminggu krisis politik melanda negara.