KUALA TERENGGANU – Kerajaan diminta memberi penjelasan yang lebih jelas mengenai laporan bahawa kerajaan PH tidak akan meratifikasi konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, rakyat ingin tahu maksud sebenar ‘tidak akan’ sama ada ratifikasi itu ditangguh atau dibatalkan.
"PM (Perdana Menteri) menyatakan adalah mustahil ICERD dilaksanakan kerana ia memerlukan pindaan perlembagaan. PH tak ada majoriti dua pertiga untuk pinda perlembagaan. Apakah kalau ada majoriti itu, pindaan perlembagaan akan dibuat untuk memberi laluan perlaksanaan ICERD?
"Rakyat mahu dapatkan pendirian lebih jelas dan tegas. Tapi yang jelasnya PH tak mampu nak berhadapan dengan gelombang penyatuan orang Melayu untuk mempertahankan hak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sah tak akan ratifikasi ICERD ]
[ ARTIKEL BERKAITAN: Terengganu tolak ICERD ]
Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan satu perhimpunan mega membabitkan penyertaan ahli Pas dan Umno akan diadakan di ibu negara pada 8 Disember ini bertujuan membantah cadangan meratifikasi ICERD.
Gesaan Abdul Hadi terbabit mendapat sokongan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu himpunan menggabungkan ahli Umno dan Pas itu diadakan di setiap negeri di Semenanjung.