Polisi tidak popular punca Melayu tolak PH: PSM

Iklan

SHAH ALAM - Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kegagalan Pakatan Harapan (PH) mendapat sokongan daripada kaum Melayu terutamanya golongan B40 adalah kerana beberapa polisi yang tidak popular.

Pengerusinya, Dr Jeyakumar Devaraj berkata, PH sepatutnya mengekalkan bantuan kepada penduduk luar bandar dan perlu memastikan ketelusan dalam setiap agihan yang diberikan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketelusan dalam agihan pembangunan di luar bandar mahupun di bandar akan membuka mata rakyat, sekali gus menyukarkan propaganda pihak lawan yang mendakwa PH tidak mengutamakan kaum Melayu.

"Warga emas juga berhadapan dengan wang simpanan yang semakin berkurangan. Skim persaraan universal sebanyak RM300 sebulan kepada semua warganegara berumur 70 tahun ke atas akan melegakan banyak keluarga dan PH juga mendapat sokongan. Ia cuma memerlukan kos sebanyak RM3 bilion setahun.

Iklan

"Jika strategi di atas diikuti, PH sekarang yang mencabar untuk Parlimen dibubarkan, bukan sebaliknya.

"PH tidak berani untuk bubar Parlimen kerana kemungkinan besar mereka akan kalah di kawasan Melayu kepada gandingan UMNO dan Pas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Dr Jeyakumar yang juga bekas Ahli Parlimen Sungai Siput berkata, dengan hanya 25 hingga 30 peratus sokongan Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH sepatutnya bekerja keras bagi melawan propaganda UMNO dan seterusnya mendapatkan lebih sokongan daripada kaum itu.

"Konsensus dalam kalangan pemimpin PH juga tidak cukup untuk mencari jalan terbaik bagi mendapatkan sokongan kaum Melayu.

"Malah ada dalam kalangan pemimpin PH yang beranggapan bahawa Melayu menjadi pemalas kerana dedak oleh Barisan Nasional (BN). Pandangan kauvinistik seperti ini amat salah dan PH menerima padahnya,” katanya.