KAMI merujuk kepada laporan kami berjudul"POLIS TAHAN DATUK TIPU KES RM50 JUTA" yang disiarkan oleh kami pada 20 Februari 2020 yang lepas.
Untuk makluman, mengikut fakta sebenar yang dikemukakan oleh peguam Datuk yang dimaksudkan dalam laporan tersebut, Datuk tersebut tidak ditahan untuk kesalahan pemerdayaan, penipuan, pengunaan sebarang dokumen palsu (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penyata akaun) atau penyamaran, baik sebagai pegawai bank ataupun penasihat pelaburan korporat. Sebaliknya, beliau hanya disoal siasat berkenaan dengan pelaburan ke dalam suatu entiti pelaburan yang sah di sisi undang-undang.