Adik lelaki Yana Samsudin meninggal dunia

Iklan
Yana Samsudin

PELAKON Yana Samsudin berkongsi berita sedih apabila baru sahaja kehilangan adik lelakinya, Muhammad Fahmi Harith, 30, yang meninggal dunia ketika dalam tidur di rumahnya petang semalam.

Menurut perkongsian Yana di laman Instagram, Allahyarham bersendirian di rumah kerana isterinya, Farhana Khalid masih dalam proses berpantang di Sarawak selepas bersalin anak sulung mereka.

Iklan
Iklan

"Innalillahi wainna ila hirojiun.. Al Fatihah buat allahyarham adik saya: Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin (7/3/1990-3/3/2020).

"Beliau telah kembali ke rahmatullah semalam 03 Mac 2020. Buat yang mengenali arwah dan ingin bertemu dan menyolatkannya, arwah akan berada di Bahagian Forensik Hospital Klang Tengku Ampuan Rahimah di antara jam 10.30am - 11.30am.

Iklan

"Seterusnya arwah akan di bawa ke tempat kelahirannya di Yong Peng Johor, seterusnya di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam River Estet Masjid Besar Yong Peng Johor,” tulis Yana.

Akui Yana, dia tidak dapat menahan kesedihannya atas kehilangan itu kerana Allahyarham merupakan satu-satunya adik lelaki dalam keluarganya. Lebih meruntun hatinya, Allahyarham juga baru sahaja bergelar bapa 37 hari yang lalu selepas tiga tahun hidup berumah tangga.

Iklan

"Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah.. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. Satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari,” luahnya.

Dalam masa yang sama, Yana memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat arwah, selain memaafkan segala kesalahan arwah bagi mereka yang mengenali.