SIC tandatangani ikrar bebas rasuah

Iklan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Foto: 123rf

KUALA LUMPUR - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) memberikan komitmen ke arah toleransi sifar terhadap rasuah dengan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di pejabat SIC di Sepang hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, ikrar itu adalah komitmen utama SIC bagi memastikan kakitangannya bebas daripada sebarang bentuk rasuah, sejajar dengan amalan tadbir urus yang baik, profesionalisme dan berintegriti.

Iklan
Iklan

"Inilah yang saya amalkan, yang kami amalkan dan yang lembaga amalkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan SIC hari ini.

Razlan mengetuai majlis mengangkat sumpah, sebelum menandatangani ikrar bebas rasuah, disaksikan Ketua Pegawai Kewangan SIC, Caroline Lee dan Ketua Cawangan Sosiobudaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Samsul Salip.

Iklan

Samsul dalam kenyataan sama berkata, memerangi rasuah di negara ini bukan tanggungjawab eksklusif SPRM, tetapi juga tanggungjawab kolektif daripada semua lapisan masyarakat, terutamanya penjawat awam.

Beliau turut mendedahkan, hanya 1,300 daripada 6,000 kes yang dilaporkan kepada SPRM setakat ini, berkaitan rasuah.

Iklan

"Orang awam kebanyakannya menyalahtafsirkan tentang bidang kuasa SPRM. SPRM hanya menjalankan siasatan, kami tiada kuasa untuk mendakwa mana-mana pihak atau organisasi. Ia adalah bidang kuasa Peguam Negara,” kata Samsul. - Bernama