Format baharu SPM dimuat naik minggu hadapan

Iklan
Dr Habibah - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Format baharu bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pendidikan minggu hadapan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim berkata, format tersebut kini di peringkat akhir sebelum dimuktamadkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia hampir selesai dan pendaftaran format itu akan dibuka kepada sekolah Mac ini.

"Melalui kurikulum baharu di peringkat sekolah menengah, maka format SPM 2021 akan ada perubahan.

Iklan

"Jadi di peringkat ini Kementerian Pendidikan masih dalam proses memuktamadkan proses tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kegusaran ibu bapa terhadap format tersebut susulan penggubalan kurikulum pelajaran baharu.

Iklan

Sebelum ini, KPM akan menggubal kurikulum pelajaran baharu yang dijangka dapat dilaksanakan pada penghujung 2020 atau awal 2021.

Bekas menterinya Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan bergantung kepada nasihat daripada Jawatankuasa Dasar dan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan yang dilantik.