JKNJ nafi Plaza Angsana diarah dikosongkan

Iklan
Convid - 19

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan kompleks beli-belah Plaza Angsana di sini diarah dikosongkan kerana terdapat dua pekerja dijangkiti koronavirus (Covid-19) seperti yang tular dalam laman sosial.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu berkata, perkara itu tidak benar sama sekali dan orang awam diminta supaya tidak menyebarkan kenyataan tidak sahih kerana akan mengakibatkan situasi panik dalam kalangan masyarakat.

Iklan
Iklan

"Harus diingatkan penyebaran berita palsu sebegini boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook JKNJ.

Mesej yang tular di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp itu menyebut Plaza Angsana diarah dikosongkan berikutan terdapat kes jangkitan Covid-19 melibatkan dua pekerja di bangunan berkenaan. - Bernama

Iklan
Iklan