PRK Cameron Highlands: PH akui laluan sukar

Iklan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan perasmian Program ‘Wheel Walk Fun Run’ sempena Hari Orang Kurang Upaya Sedunia Peringkat Kebangsaan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui peluang kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Jan ini adalah sukar memandangan Barisan Nasional memainkan isu sentimen tempatan.

Timbalan Perdana Menteri yang turut mengakui PRK itu dilihat sebagai pertandingan yang sengit disebabkan tindakan pihak pembangkang (BN) telah meletakkan Orang Asli sebagai calon.

Iklan
Iklan

"Yalah, kita sentiasa menghadapi kesukaran sebelum kita masuk ke dalam kerajaan, tetapi lebih sukar sekarang kerana mereka (BN) menggunakan sentimen tempatan, saya telah bertemu dengan mereka (suku Semai) baru-baru ini. Sudah tentu kesukaran adalah sebahagian daripada cara anda perlu bertanding.

"Dan apa yang boleh kita tawarkan sekurang-kurangnya mereka mengundi kita, dan ini sudah cukup bagus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Malaysia Positive 2019 di sini hari ini.

Iklan

Dr Wan Azizah yang juga Presiden PH berkata demikian ketika diminta mengulas peluang calon PH M.Manogaran untuk memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands yang menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon BN, Ramli Mohd Nor dan dua lagi calon bebas.

Ditanya mengenai sama ada Manogaran mempunyai peluang kemenangan yang tinggi, beliau berkata:"Terkawal lah. Saya tidak mengatakan itu terlalu tinggi. Tetapi memandangkan kita telah menukarkan kerajaan, jadi ianya ok, insya- Allah"

Iklan

Kepada soalan sama ada Senator PKR Bob Manolan Mohd akan diambil tindakan displin berikutan dakwaan beliau mengugut sekumpulan tok batin Orang Asli di Cameron Highlands, Dr Wan Azizah yang juga merupakan Pengerusi Majlis Penasihat PKR berkata beliau telah menanyakan isu berkenaan kepada Bob Manolan dan senator itu memberitahunya bahawa itu bukan maksudnya.

"Tindakan displin, saya biarkan pada presiden baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi, kita memang tidak bersetuju dia (Bob Manolan) memberi ugutan. Itu lah sebab kita mesti berhati-hati dengan apa yang kita ucapkan," jelas beliau.

Ketika diminta mengulas berhubung gambar seorang wanita berbaju PH yang mengagihkan wang dalam PKR Cameron Highlands hari ini, Timbalan Perdana Menteri meminta wartawan berkenaan untuk memeriksa kesahihah gambar dan dakwaan tersebut.

"Betul ke? Awak boleh pakai baju dan bagi (wang) dan ambil gambar. Jadi awak perlu pergi dan periksa lebih lanjut. Bagaimanapun, kita sudah memberitahu petugas agar tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar undang-undang pilihan raya," kata Dr Wan Azizah.

Terdahulu, Dr Wan Azizah dalam ucapan perasmiannya, berpendapat kegagalan sesebuah kerajaan itu adalah berpunca daripada ketidakupayaan mengenal pasti dan meletakkan posisi yang betul kepada rakyatnya.

Katanya kesan langsung daripada penyebaran maklumat palsu boleh mengakibatkan curiga mencurigai di antara satu sama lain, perasaan perkauman yang menebal dan akhirnya boleh mencetuskan kekacauan kaum dan agama.

"Salah satu daripada kesan minta positif ialah kekuatan menapis maklumat. Banyak sekali maklumat yang tidak benar bahkan direka semata-mata untuk mengeruhkan keadaan berkembang di media-media sosial. Cukuplah peristiwa13 Mei menjadi iktibar dan kita tidak mahu ia berulang lagi," katanya.

Dalam era kebebasan maklumat dan dunia tanpa sempadan, Dr Wan Azizah berkata ia adalah amat sukar untuk membendung edaran maklumat yang tidak benar dan tidak boleh bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang sahaja, malah negara memerlukan 'heart-ware' atau kesihatan hati yang ampuh untuk mengendalikan perkara itu. -Bernama