ZPP sasar kutipan zakat meningkat melalui Skim Sakinah
Iklan
Abdul Razak (dua dari kanan) merasmikan Skim Sakinah ZPP sambil diperhati Amran (tengah) dan Wan Salim (kiri) di KOMTAR di sini hari ini.
GEORGETOWN - Zakat Pulau Pinang (ZPP) menyasarkan peningkatan penyertaan kakitangan awam dan swasta dalam Skim Potongan Zakat Bulanan (SPZB) yang kini dijenamakan semula sebagai Skim Sakinah ZPP.
Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Amran Hazali berkata, dengan langkah penjenamaan semula itu, pihaknya menyasarkan lebih 2,000 kakitangan kerajaan menyertai skim tersebut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sehingga kini, lebih 1,000 daripada 3,700 kakitangan kerajaan beragama Islam menyertai Skim Sakinah ZPP.
"Tujuan penjenamaan semula adalah untuk menyemarakkan pembayaran zakat melalui potongan gaji bulanan oleh kakitangan kerajaan awam dan swasta. ZPP melaksanakan skim potongan zakat bulanan sejak 1995 lagi.
Iklan
"Dengan penjenamaan semula dari SPZB ke Skim Sakinah ZPP, kita merasakan kempen perlu diaktifkan semula bagi mengoptimumkan zakat pendapatan di Pulau Pinang," katanya kepada media di Auditorium A, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini hari ini.
Amran berkata, pihaknya mensasarkan 65 peratus kutipan zakat pada tahun ini daripada Skim Sakinah ZPP.
Iklan
Abdul Razak menyerahkan penghargaan dari ZPP kepada salah seorang wakil majikan.
"Kutipan zakat bagi tahun lalu berjumlah RM121 juta dan RM111 juta diagihkan kepada asnaf. Ia mencecah 91 peratus daripada kutipan yang dikumpulkan.
"Bagi tahun ini, kita menyasarkan kutipan sebanyak RM136 juta dengan pengagihan RM137 juta. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 23 peratus daripada tahun lalu," katanya.
Katanya, bagi menyemarakkan penjenamaan semula skim tersebut, ZPP menambah kelebihan daripada pembayaran zakat melalui pemotongan gaji ini iaitu pewujudan Skim Kafalah Mahabbah ZPP.
"Ini adalah skim khairat kematian atau tabung sumbangan ikhlas daripada ZPP yang diberikan kepada waris pembayar zakat (dengan minima bayaran zakat RM100 setahun) dan waris penerima bantuan zakat bulanan apabila berlaku kematian terhadap pembayar dan penerima bantuan bulanan zakat.
"Mereka akan menerima RM1,000 dan sejak Januari tahun ini, 13 penerima dan pembayar zakat sudah menerima khairat kematian ini di bawah Skim Kafalah Mahabbah ZPP ini," katanya.
Sementara itu, pada majlis sama, ZPP memberi penghargaan kepada lima majikan yang terdiri daripada sektor awam dan swasta yang melaksanakan pembayaran zakat melalui pemotongan gaji secara bulanan tertinggi bagi tahun lalu.
Lima majikan tersebut adalah Jabatan Akauntan Negara Cawangan Pulau Pinang; Jabatan Bendahari Universiti Sains Malaysia (USM); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Kewangan Pulau Pinang dan Jabil Circuit Sdn Bhd.
Terdahulu, Majlis Pelancaran Skim Sakinah ZPP dirasmikan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, Datuk Abdul Razak Jaafar yang turut dihadiri Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam