Anak pengusaha kedai runcit cemerlang SPM

Iklan
Bee Tan bergambar bersama ibu bapanya.

KANGAR - Anak pasangan pengusaha kedai runcit, Chuah Bee Tan dinobatkan pelajar cemerlang apabila memperoleh keputusan 11A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 bagi negeri Perlis yang diumumkan di Dewan Syed Mahmood Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma hari ini.

Bercita-cita menjadi seorang akauntan membuatkan dia sentiasa bersemangat untuk belajar bagi mengubah kehidupan keluarga.

Iklan
Iklan

"Saya akan seimbangkan aktiviti hiburan dan belajar bagi memastikan saya tidak tertekan dalam mengulangkaji pelajaran," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini hari ini.

Menurut Bee Tan, dia yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik turut merancang untuk menyambung pelajaran dengan mendapatkan biasiswa.

Izmi bergambar bersama 43 pelajar cemerlang SPM 2019.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Perlis, Izmi Ismail berkata, seramai 43 pelajar mendapat keputusan cemerlang pada tahun ini.

Iklan

"SMK Derma mengekalkan status sebagai sekolah cemerlang dengan jumlah calon cemerlang pada tahun ini seramai 19 orang," katanya.

"Namun begitu, Izmi berkata pada tahun ini terdapat 53 calon hampir mendapat keputusan cemerlang, namun gagal ekoran terdapat satu dua subjek yang tidak mendapat keputusan A.

Iklan

"Kebanyakan mereka mendapat keputusan C bagi subjek seperti Fizik; Matematik Tambahan dan Bahasa Cina," katanya.

Tambah Izmi, sekiranya mereka berjaya mendapat A secara keseluruhan, peratus kecemerlangan di Perlis pasti akan bertambah.

"Kita akan mengkaji perkara ini dan melakukan strategi tertentu bagi memastikan perkara sebegini dapat diatasi," katanya.