Tiket Olimpik 2020 sah dalam genggaman

Iklan
Azizulhasni Awang

JAGUH berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang sah akan membuat penampilan kali keempat di pentas Sukan Olimpik selepas melayakkan diri dalam acara pecut pada edisi 2020 di Tokyo Julai ini.

Berdasarkan ranking terkini Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI), Azizulhasni melonjak di tangga kelima dalam acara pecut individu selepas mengumpul keseluruhan 2,415 mata.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, The Pocket Rocketman layak ke Tokyo dalam acara kegemarannya, keirin selepas menduduki ranking kedua di belakang juara dunia, Harrie Lavreysen dari Belanda apabila mengumpul 2,710 mata.

Skuad berbasikal trek negara juga sah diwakili dua pelumba selepas berjaya menempatkan diri dalam lapan pasukan terbaik dunia dalam ranking Olimpik UCI apabila Malaysia naik lima anak tangga ke kedudukan keempat dengan kutipan 4,667.5 mata dalam acara pecut lelaki.

Iklan

Satu lagi slot dijangka menjadi perebutan antara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis memandangkan UCI menetapkan dua slot sahaja bagi setiap negara untuk menghantar pelumba bertanding di Tokyo nanti.

Berdasarkan format UCI, lapan negara yang menduduki tangga teratas ranking Olimpik UCI selepas berakhirnya Kejohanan Trek Dunia 2020 di Berlin, Jerman minggu lalu akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2020.

Iklan