Anak kerat mayat ibu

Iklan
Polis memeriksa dua bekas berisi cebisan mayat mangsa di rumah suspek. - Foto Agensi

BANGKOK - Seorang lelaki di Chiang Rai, Thailand bukan sahaja membunuh ibu kandungnya malah turut mencincang mayat wanita malang itu bagi menghilangkan bukti.

Perbuatan kejam suspek berusia 35 tahun itu terbongkar selepas dia sendiri menghubungi polis dan mengaku melakukan jenayah tersebut.

Iklan
Iklan

Suspek menghubungi polis kerana tidak mampu merahsiakan perkara itu selepas jiran tetangga sering bertanya kelibat ibunya.

Polis berkata, lelaki itu bertindak membunuh ibunya kerana mangsa mengugut mahu melaporkan perbuatannya merogol anak sendiri kepada pihak berkuasa.

Iklan

"Berlaku pertengkaran antara dua beranak terbabit selepas mangsa dapat menghidu perbuatan suspek merogol anak sendiri.

"Suspek yang bimbang perbuatannya terbongkar bertindak membunuh dan mengerat mayat ibunya kepada beberapa bahagian,” kata polis dalam satu kenyataan.

Iklan

Pasukan polis yang tiba di rumah suspek menemui cebisan mayat wanita berusia 53 tahun itu di dalam dua bekas berisi ais.

Sementara kepala wanita itu ditanam tidak jauh dari kediaman suspek di kampung Hua Wiang.

Difahamkan, suspek tinggal bersama anak perempuannya yang berusia 15 tahun selepas bercerai dengan isterinya sejak setahun lalu.

Suspek kini dalam tahanan polis dan menunggu tindakan undang-undang. - Agensi