'Tidak percaya PM bererti tidak percaya Agong'

Iklan
Abdul Hadi Awang

MARANG - Pas berharap semua pihak menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri baharu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan pihak tertentu yang mahu melakukan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dalam sidang dewan rakyat sama seperti tidak percaya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Iklan
Iklan

"Mereka yang cuba mengungkit dan melakukan undi tidak percaya, tidak percaya kepada Tuankulah. Itu tajuk penting, tidak percaya kepada Tuanku, tidak percaya kepada Agong.

"Terpulang kepada rakyat dan menilai mereka,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Masjid Rusila di sini hari ini.

Iklan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan pada 1 Mac lalu.

Iklan

Pakatan Harapan (PH) sebelum ini akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.