CYBERJAYA - [DIKEMASKINI] Pengurusan Brainy Bunch memaklumkan tadika cawangannya di Bandar Kinrara ditutup serta-merta berikutan salah seorang ibu bapa pelajarnya disahkan positif Covid-19.
Notis penutupan tadika itu menyatakan, ia akan ditutup sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
"Ibu bapa perlu mengambil anak dengan segera," katanya.
Pengurusan tadika turut menasihati ibu bapa melakukan pengawasan di rumah dan memantau kesihatan anak masing-masing.
"Ibu bapa juga tidak dibenarkan menghantar anak mereka ke sekolah lain," katanya.
Sementara itu, sumber dalaman mengesahkan penutupan tadika berkenaan.
"Salah seorang ibu bapa pelajar yang bertugas di Kementerian Kewangan disahkan positif Covid-19.
"Tindakan segera pihak sekolah adalah sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.