Harry Maguire, bukan kaleng-kaleng!

Iklan
Paparan Instagram Manchester United

MUAT naik status menggunakan bahasa Indonesia di Instagram pasukan gergasi bola sepak Eropah Manchester United (MU) membuatkan para peminat dari Indonesia dan Malaysia begitu teruja.

Akaun rasmi tersebut dengan kapsyen,"Harry Maguire, bukan kaleng-kaleng! Yuk (Jom) cetak (skor) gol seperti ini lagi, di liga FA Cup nanti" turut menarik perhatian netizen yang menyifatkan admin Instagram itu memahami bahasa Indonesia.

Iklan
Iklan

Instagram yang memiliki 34. 3 juta pengikut itu menunjukkan aksi pemain pertahanan, Harry Maguire berusia 27 tahun itu menjaringkan gol terbaik dalam perlawanan sebelum ini.

Rata-rata peminat yang berada di Indonesia dan Malaysia membanjiri ruangan komen kerana begitu teruja dengan kapsyen yang di muat naik itu.

Iklan

"Sejak bila orang Inggeris tau 'bukan kaleng kaleng' ini." kata @amp.

Kata @fami_ila,"Bukan biashe-biashe admin Instagram MU ni..."

Iklan

Tambah @rianbia,"Admin ini belajar bahasa Indonesia mungkin atau guna penterjemahan Google."

Bagaimanapun, netizen menyifatkan perkara tersebut adalah satu pendekatan terbaik yang dilakukan oleh admin Instagram tersebut kerana berjaya menyatukan peminat MU dari seluruh dunia.