Hilman tak luntur semangat walaupun peruntukan dibekukan

Iklan
Hilman berucap pada program penyerahan sumbangan DUN Gombak Setia. -Foto: FB Hilman Idham

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham menegaskan keputusan kerajaan Selangor yang menyatakan wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan lagi sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan (PH) di negeri itu tidak akan melunturkan semangatnya untuk terus berkhidmat buat rakyat.

Beliau berkata, pihaknya akan terus bekerja dengan mana-mana pihak demi memelihara kepentingan rakyat di negeri itu.

Iklan
Iklan

"Ingin saya tegaskan bahawa krisis politik yang berlaku dan keputusan diambil oleh kerajaan Selangor tidak akan sama sekali menjatuhkan semangat juang saya untuk terus berkhidmat.

"Pentadbiran DUN (Dewan Undangan Negeri) Gombak Setia akan terus melaksanakan khidmat, menganjurkan program dan menyalurkan bantuan kepada setiap rakyat yang memerlukan," katanya menerusi kemas kini di laman Facebook beliau di sini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: PH Selangor singkir ahli Bersatu dalam jawatan kerajaan

Semalam, Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bahawa Bersatu bukan lagi sebahagian daripada komponen gabungan PH di negeri itu dan semua jawatan pimpinan akan dilucutkan secara berperingkat.

Iklan

Malah, peruntukan kepada lima ADUN Bersatu dan dua wakil Bebas turut dibekukan susulan daripada perkembangan itu.