Letak SPRM di bawah Parlimen

Iklan
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Pemuda UMNO menuntut lima perkara daripada kerajaan baharu demi mengembalikan kedudukan sebenar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memartabatkan prinsip kedaulatan undang-undang.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, SPRM perlu diletakkan di bawah kuasa Parlimen bagi memastikan agensi itu benar-benar bebas dan dilihat tidak dipengaruhi oleh politik.

Iklan
Iklan

"Kedua, kita meminta supaya kertas siasatan rasuah dan pecah amanah yang melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang dihentikan termasuk skandal rasuah terowong dasar laut dan tiga lebuh raya melibatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bernilai RM6.3 bilion dibuka semula.

"Kita juga menuntut supaya meneruskan kertas siasatan dan pendakwaan rasuah melibatkan pemimpin politik tanpa pilih kasih termasuk pemimpin parti kerajaan baharu seperti bekas Exco Melaka daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan mana-mana pemimpin parti," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Iklan

Pada 28 Februari lalu, Tan Sri Tommy Thomas menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Peguam Negara kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala Latheefa Koya semalam mengesahkan menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah Latheefa Koya lepaskan jawatan

Iklan

Asyraf turut menuntut kerajaan baharu melantik segera Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu yang tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik dan tidak pernah memegang apa-apa jawatan seperti amalan kerajaan PH sebelum ini.

"Akhir sekali, kita menuntut supaya menghentikan amalan lantikan politik dalam badan-badan yang menjadi tonggak keadilan dan kedaulatan undang-undang termasuk institusi Peguam Negara, SPRM dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.