Kunci van jenazah di kedai mamak, kata Uncle Kentang

Iklan
Chee Heng berkongsi kisah tersebut di Facebook hingga tular di laman sosial.

PUCHONG - Bagi memudahkan pengurusan jenazah dilaksanakan 24 jam, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang telah 'menggantung' kunci van jenazah di sebuah kedai makanan yang beroperasi 24 jam.

Menerusi perkongsiannya di akaun Facebook, kunci tersebut ditempatkan di sebuah kedai di Jalan PU 7/4, Taman Puchong Utama, Puchong.

Iklan
Iklan

"Tak payah cari merata tempat, kita dan sediakan 24 jam (van jenazah). Minyak penuh, sila ambil buku tulis nama dan nombor telefon di kedai berkenaan, mereka akan serahkan kunci.

"Permudahkan urusan, minyak van sentiasa penuh. Ia disedekahkan kepada orang ramai, ia bukan van saya tetapi kita mudahkan bukan untuk menyukarkan bagi mendapatkan van jenazah," katanya.

Iklan

Jelasnya, van jenazah tersebut boleh digunakan jika diperlukan.

"Kedai ini beroperasi 24 jam, jadi sesiapa boleh guna untuk permudahkan urusan si mati. Tidak perlu lagi untuk ketuk pintu sana sini mencari kunci van jenazah," ujarnya.

Iklan

Bagaimanapun, beliau turut menegaskan supaya ramai bukan sahaja jujur malah perlu memiliki dokumen lengkap sebelum memohon menggunakan van tersebut.

Keprihatinan Chee Heng menarik perhatian netizen yang memuji tindakan itu cukup mulia membantu golongan memerlukan.

Jasin Hunter berkata,"Subhanallah, mulianya uncle ni, kebaikan yang dia buat tiada insan yang sebaik ini... tiada motif politik pun apa yang dia buat hidupnya hanya membantu sesama insan. Semoga murah rezekinya dan kesihatan yang baik."

Mohd Firdaus Suhaimi pula memuji tindakan Chee Heng selain menyifatkan beliau seorang insan istimewa.

"Terbaik uncle kentang, anda satu dalam 1000, 10 dalam beribu-ribu, ratus dalam berjuta-juta manusia. Moga beliau mendapat hidayah." katanya.