Dua pembantu klinik didakwa kebas RM30,838

Iklan
Nurul Ashiella (kiri) dan Nur Azhani dikawal polis keluar dari mahkamah selepas dituduh sebelum Azhani dibebaskan selepas jamin dijelaskan.

KOTA BHARU - Dua pembantu klinik mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dakwaan pecah amanah wang majikan berjumlah RM30,838.

Dakwaan terhadap kedua-dua tertuduh, Nur Azhani Mohamed, 27, dan Nurul Ashiella Mohd Shamsuri, 29, dibuat secara berasingan di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Iklan
Iklan

Pertama, Nur Azhani didakwa sebagai kerani atau pembantu klinik yang diamanahkan dengan apa-apa kuasa atas harta iaitu wang kutipan Klinik Dr Azhar bernilai RM13,272 telah melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan curangnya menyalahgunakan harta itu bagi kegunaan sendiri.

Manakala, Nurul Ashiella pula didakwa sebagai kerani atau pembantu klinik yang diamanahkan dengan apa-apa kuasa atas harta iaitu wang kutipan Klinik Dr Azhar bernilai RM17,566 telah melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan curangnya menyalahgunakan harta itu bagi kegunaan sendiri.

Iklan

Kesalahan dilakukan di Klinik Dr Azhar, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Krai antara 1 Mei 2017 hingga 31 Disember 2017.

Kes ditetap untuk sebutan semula pada 13 Februari depan.

Iklan