Rundingan OPEC gagal, harga minyak dunia merudum

Iklan
Harga minyak mentah dunia merudum ke paras terendah semalam selepas rundingan OPEC di Vienna itu tiada kata putus. - Foto 123RF

NEW YORK - Harga minyak mentah dunia merudum ke paras terendah pada Jumaat selepas perjanjian antara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara sekutu diketuai Rusia, menemui jalan buntu, lapor agensi berita Xinhua.

West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran April menurun AS$4.62 atau 10.07 peratus, pada harga AS$41.28 setong di New York Mercantile Exchange.

Iklan
Iklan

Minyak mentah Brent untuk penghantaran Mei merosot AS$4.72 atau 9.44 peratus, kepada AS$45.27 setong di London ICE Futures Exchange.

Mesyuarat yang diadakan di Vienna itu berakhir tanpa sebarang kata putus mengenai tawaran tambahan pengeluaran.

Iklan
Iklan

Pada Khamis, OPEC mencadangkan pengeluaran tambahan sebanyak 1.5 juta tong sehari mulai awal bulan depan hingga akhir tahun ini. - Bernama