Covid-19: Vietnam sahkan kes ke-17

Iklan
covid

HANOI - Kementerian Kesihatan Vietnam pada Jumaat mengesahkan satu lagi kes baharu koronavirus (Covid-19), kes ke-17 dilaporkan di negara ini, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Kes baharu itu membabitkan seorang wanita berusia 26 tahun, pernah melawat kakaknya di Britain dan kemudian ke Itali sebelum kembali ke Hanoi pada 1 Mac.

Iklan
Iklan

Menurut kementerian, semua pesakit yang disahkan sebelum ini telah pulih dan dibenarkan keluar hospital manakala terdapat 101 kes disyaki. - Bernama