GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (lima, kiri) bersama pemimpin kerajaan Pulau Pinang hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Pusat Transit Gelandangan di Jalan C Y Choy yang akan menelan belanja RM4.4 juta bagi mengatasi masalah gelandangan.
Pusat transit berkenaan akan didirikan di premis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) iaitu kawasan bangunan lama yang akan dinaiktaraf.
Pusat Transit Gelandangan yang dijangka siap pada tahun 2021 yang menyediakan tempat penginapan dengan kemudahan katil dan lain-lain kemudahan asas termasuk untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), tempat rawatan kesihatan, kemudahan riadah, dobi pakaian, ruang untuk pusat 'recycle' dan kemudahan perkhidmatan kaunseling dan juga sebagai pusat untuk membantu golongan tersebut bagi mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian. - Foto BERNAMA