KANGAR - Istilah Perikatan Nasional tidak pernah diputuskan kerajaan baharu yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti digemburkan media.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, penggunaan istilah itu juga tidak pernah dibincangkan oleh pemimpin parti politik sebelum ini malah tiada satu nama khas atau formal yang ditetapkan untuk gagasan baharu pimpinan parti politik ketika ini.
Iklan
Iklan
"Nama Perikatan Nasional itu pun belum di diputuskan dan sebenarnya ia wujud selepas media yang seakan memberikan nama itu kepada kerajaan baharu dan sebagainya," katanya ketika merasmikan Program Hari Sabtu tanpa beg plastik peringkat Negeri Perlis di perkarangan luar Arked Kayangan Square hari ini.
Azlan berkata, sehingga kini hanya Muafakat Nasional sahaja yang ditetapkan sebagai penggunaan formal bagi kerjasama antara parti politik.
"Muafakat Nasional memang sudah ada kita guna sebab antara kedua parti sudah termeterai piagamnya iaitu UMNO dan Pas bersama rakan-rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN).
"Gagasan sedia ada kini masih tidak diberikan nama dan mungkin selepas ini akan diwujudkan secara rasmi," katanya.
Artikel Berkaitan