Covid-19: Selangor diarah tangguh program

Iklan
Amirudin ketika merasmikan Program Ekspo Hasil Suri Selangor sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menasihatkan semua program membabitkan peserta yang ramai ditangguhkan ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19) gelombang kedua yang dijangka lebih kritikal.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sehingga kini Selangor mencatatkan antara tujuh hingga sembilan tetapi pulih.

Iklan
Iklan

"Gelombang kedua mungkin agak kritikal dan kita telah membatalkan beberapa program termasuk Women Malaysian Marathon yang melibatkan 8,000 peserta," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmikan Program Ekspo Hasil Suri Selangor sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Menurut Amirudin, beliau akan membincangkan mengenai penangguhan program itu dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan keputusan sama ada meneruskan atau sebaliknya akan dimaklumkan.

Iklan

"Kita akan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan berhubung wabak koronavirus (Covid-19) ini sebelum mengadakan program," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan angka positif koronavirus (Covid-19) terus meningkat kepada 83 kes apabila Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan menerima 28 kes baharu.

Iklan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, kes baharu itu terdiri dalam kalangan Patient-Under-Investigation (PUI), kontak rapat dan Misi Bantuan Kemanusiaan.