Covid-19: UK catat satu lagi kematian

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

LONDON - United Kingdom (UK) mencatatkan satu lagi kematian akibat koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Sputnik.

Kes itu membabitkan pesakit berusia 80-an yang meninggal dunia di Hospital Milton Keynes. Kematian pertama Covid-19 di UK dilaporkan pada Khamis melibatkan seorang wanita berusia 70-an.

Iklan
Iklan

"Dukacita saya umumkan pesakit kedua yang dijangkiti Covid-19 telah meninggal dunia di England," kata Ketua Pegawai Perubatan bagi England, Chris Whitty, memetik Sky News.

Dalam tempoh 24 jam lalu, UK mengesahkan 48 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangkiti sehingga kini seramai 164 orang. - Bernama

Iklan
Iklan