Usaha Dr Mahathir selamatkan Islam, Melayu tidak disokong

Iklan
Abdul Hadi

SHAH ALAM - Pas mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berusaha menyelamatkan Islam dan Melayu, namun tidak mendapat kerjasama padu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ada pihak yang mahu mengguling Dr Mahathir kerana mahu cepat menjadi Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

Justeru katanya, Pas dan UMNO mewujudkan Muafakat Nasional sebagai usaha menyelamatkan keadaan bercelaru sehingga boleh menyertai Kongres Maruah Melayu pada Oktober lalu bagi menyelamatkan agama serta bangsa.

"Pas kemudian mencadangkan usul percaya kepada Dr Mahathir supaya terus menjadi Perdana Menteri. Malangnya banyak yang tidak memahami hasrat usul tersebut sehingga mendedahkan ramai pengulas dan penganalisis politik," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurutnya, langkah Pas mengusulkan undi percaya kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri di Parlimen juga mendedahkan pihak yang ikhlas dan tidak untuk bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Akhirnya kami membuat keputusan mengumpulkan ahli Parlimen daripada Muafakat Nasional dan Pakatan Harapan (PH) yang dipilih oleh rakyat untuk menyokong Dr Mahathir bagi membentuk kerajaan baharu.

Iklan

"Hakikatnya, dinding kerajaan PH yang ada sudah dipecahkan oleh mereka sendiri namun kami tetap memilih pintu demokrasi," katanya.

Jelasnya, kumpulan yang sebenarnya mahu menggulingkan Dr Mahathir mendapati tidak mencukupi jumlah bagi membentuk kerajaan dan akhirnya mereka membuat pusingan U menyokong bekas Perdana Menteri itu sebulat suara.

Bagaimanapun, katanya, terbentuk Perikatan Nasional yang menggabungkan Muafakat Nasional dan rakan-rakan yang terpaksa keluar atau dipecat daripada PH serta pihak lain yang tidak bergabung dengan Perikatan Nasional.