GPS setuju sertai Kabinet

Iklan
Sidang media GPS oleh Abang Johari. - Foto Twitter MisiahTaib

KUCHING - Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengesahkan bahawa mereka bersetuju untuk menyertai Kabinet baharu yang bakal dibentuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata, persetujuan itu dibuat selepas pihaknya 'dipinang' oleh kerajaan Persekutuan.

Iklan
Iklan

"Kita telah mengambil keputusan di mana, pertama kita telah ditunangkan oleh kerajaan pusat di bawah Perdana Menteri sekarang (Muhyiddin) untuk menyertai pemerintahan pusat sebagai ahli Kabinet.

"Maka begitu, kita telah membuat keputusan akan menyertai Kabinet yang akan ditubuhkan Perdana Menteri sebagai anggota Kabinet pusat.

Iklan

"Bermakna kita akan menjadi anggota kabinet, kalau dilantiklah," katanya dalam satu sidang akhbar.

Abang Johari bagaimanapun tidak menamakan ahli Parlimen mana yang akan dilantik menjadi anggota Kabinet baharu Perdana Menteri kelapan itu.

Iklan

GPS mempunyai 19 kerusi Parlimen dan daripada jumlah itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempunyai 13 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) - tiga, Parti Demokratik Progresif (PDP) - dua dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - satu.