MPP selari aspirasi pembangunan holistik: Hasni

Iklan
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad merasmikan Pengisytiharan Majlis Perbandaran Pengerang di Dataran Tasik, Bandar Penawar. -Foto Bernama

KOTA TINGGI - Penaiktarafan pihak berkuasa tempatan (PBT) Pengerang kepada Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) selari dengan aspirasi kerajaan Johor yang menitikberatkan pembangunan secara holistik, kata Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad.

Beliau berkata, ini kerana kemajuan dan pembangunan di sesebuah daerah atau kawasan harus seiring dengan potensi ekonomi serta hasrat penduduk, yang selama ini menjadi naratif pembangunan yang sentiasa menjadi pegangan kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

"Seperti di Pengerang, kewujudan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) telah menjadi nadi penjanaan ekonomi di kawasan ini selain daripada kawasan peranginan Desaru Coast.

"(Begitu juga) Dialog Group Berhad yang telah melancarkan fasa ketiga Terminal Laut Dalam Pengerang (PDT) yang melibatkan pembinaan tangki-tangki baharu untuk penyimpanan produk petroleum bersih dengan nilai pelaburan tambahan berjumlah RM2.5 bilion,” katanya berucap pada majlis pengisytiharan MPP di sini malam tadi.

Iklan

Hasni berkata, MPP disasarkan menjadi bandar pintar yang akan memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan khususnya penduduk di Pengerang.

"Dengan sokongan padu dan tenaga kerja MPP, saya harap segala perancangan dapat diteruskan serta perlu sentiasa menghasilkan idea dan inovasi baharu, dalam masa sama menambah baik tadbir urus agar MPP dapat menjadi contoh," katanya. - Bernama

Iklan