PH silap besar lantik Tommy, Latheefa: Tun Abdul Hamid

Iklan
Tommy Thomas, Latheefa Koya

SHAH ALAM - Pelantikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya disifatkan sebagai kesilapan besar kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang membangkitkan rasa tidak puas hati orang Melayu dan Islam.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, kesilapan pemimpin ialah apabila mereka mempolitikkan jawatan-jawatan itu dengan melantik penyokong kuat mereka ke jawatan itu.

Iklan
Iklan

"Kesannya, kita telah lihat daripada pelantikan Tommy dan Latheefa.

"Sebenarnya, untuk memilih pegawai yang sesuai tidak susah. Tengoklah siapakah paling kanan dan apa ‘salah’ dengannya. Biasanya, jika ada ‘salah’, beliau tidak sampai ke situ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, pegawai yang lebih menonjol dan membodek orang politik adalah pegawai yang tidak ada ‘substance’ tetapi bercita-cita besar. Pegawai seperti ini tahu mereka tidak akan ke mana jika tidak berbuat demikian.

Menurutnya, jika ditakdirkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang dalam masa terdekat sekalipun, sekurang-kurangnya, bagi majoriti orang Melayu dan Islam, ia telah mencapai kejayaan dalam dua perkara iaitu menyebabkan Tommy dan Latheefa meletakkan jawatan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Sah Latheefa Koya lepaskan jawatan

Latheefa Koya mengesahkan telah menghantar surat bagi melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam kenyataannya Latheefa berkata, surat berkenaan diserahkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu.

Menurutnya, beliau juga sudah bertemu Perdana Menteri semalam bagi menyatakan hasratnya itu dan turut memberi taklimat mengenai usaha SPRM membawa pulang wang syarikat 1MDB yang diseleweng di luar negara.