Covid-19: Lapan kes lagi di Singapura

Iklan
Pemeriksaan saringan suhu di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Foto: AFP

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini mengesahkan lapan lagi kes jangkitan koronavirus (Covid-19) menjadikan jumlah kes itu di negara ini adalah 138.

MOH dalam satu kenyataan di sini memaklumkan, empat daripadanya adalah sebahagian daripada kluster yang melibatkan satu majlis makan malam di SAFRA Jurong pada 15 Februari lepas.

Iklan
Iklan

Seperti kes-kes lain, kementerian itu menyatakan bahawa satu kes berkaitan dengan kluster di The Life Church and Missions Singapore, dua lagi berkemungkinan kes import manakala satu kes tidak mempunyai kaitan setakat ini.

Daripada dua kes import itu, satu kes melibatkan wanita penduduk tetap Singapura berusia 37 tahun yang telah ke London dari 23 hingga 27 Februari manakala seorang lagi adalah lelaki warga Itali berusia 36 tahun yang memegang Permit Kerja Singapura baru-baru ini terbang ke Amerika Syarikat dari 7 hingga 22 Februari dan ke Itali dari 23 hingga 29 Februari.

Iklan

Sehingga kini, MOH memaklumkan sebanyak 90 kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital.

Daripada 48 kes disahkan yang masih dirawat di hospital, MOH menyatakan kebanyakannya stabil atau bertambah baik manakala lapan kritikal dan berada di unit rawatan rapi hospital.

Iklan

Sehingga tengah hari tadi, MOH mengenal pasti 3,452 kontak rapat telah dikuarantin. -Bernama