SYDNEY - Gara-gara pembelian panik yang sedang melanda Australia, sebuah keluarga telah tersilap membeli 48 kotak tisu tandas.
Susulan daripada kesilapan itu, keluarga terdiri daripada enam beranak dari Toowoomba tersebut memutuskan untuk membina tembok dan 'takhta' dengan bekalan tisu tandas yang didakwa mencukupi untuk tempoh 12 tahun itu.
Iklan
Iklan
Chris, 35, dan Haidee Janetzki, 33, mendakwa mereka terkejut selepas menerima penghantaran tisu tandas tersebut.
"Kami sepatutnya membeli 48 gulung tisu tandas, namun, kami mendapat 2,306 gulung tisu tandas dengan harga AS$3,260 (RM13,600) kerana kesilapan sendiri," ujar Haidee.
Wanita itu juga tidak menyangka kesilapan mereka turut menjadi tular di media sosial.
"Orang ramai tidak percaya dengan perkara ini. Kami sendiri tidak menyemak bayaran yang telah dibuat menerusi kad kredit. Syarikat terbabit ada membuat tawaran untuk mengembalikan semula wang kami dan mengambil semula baki kotak sepatutnya. Tetapi, kami sudah mula menjual tisu tandas tersebut," katanya lagi. - Agensi
Artikel Berkaitan