PRK Cameron Highlands: PH akui BN lebih kuat

Iklan
Liew Chin Tong (Kredit: Facebook Chin Tong)

CAMERON HIGHLANDS - PH berdepan laluan sukar untuk merampas kerusi parlimen Cameron Highlands daripada BN.

Ketua Biro Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, sebaliknya BN mempunyai peluang lebih cerah mengekalkan kerusi tersebut.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya apa yang berlaku di sini, PH tiada apa kelebihan di PRK ini. Peluang kita tidak secerah berbanding BN.

"BN memang lebih kuat di sini terutamanya di kawasan Orang Asli. Ini hakikat yang kita kena hadapi,” katanya dalam sidang media selepas melawat perkampungan Orang Asli Pos Mensun, di sini, hari ini.

Iklan

Bagaimanapun, katanya, PH masih ada baki 13 hari untuk meyakinkan pengundi menyokong mereka.

"Kita mohon kepada semua pengundi, walaupun peluang PH tidak sebaik BN kita masih ada 13 hari.

Iklan

"Kita kena kerja bersungguh-sungguh supaya kita boleh cipta sejarah kerana pertama kali kita boleh menang di Cameron Highlands dan mendapat sokongan tinggi daripada Orang Asli berbanding PRU lalu,” katanya.