Liverpool belum sempurna

Iklan
Jurgen Klopp

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui The Reds belum lagi berada pada tahap terbaik walaupun berjaya kembali mencatatkan kemenangan selepas menundukkan Bournemouth 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, semalam.

Menurutnya, anak buahnya masih kurang tahap keyakinan diri berdasarkan aksi kurang memberangsangkan dalam perlawanan tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya tahu apa yang mampu dilakukan para pemain tetapi bukan saya yang bermain, mereka yang bermain. Saya sudah katakan sebelum ini bahawa keyakinan diri pemain bukan diperolehi dan boleh simpan di dalam poket.

"Keyakinan diri itu datang dan pergi. Anda memerlukan perasaan untuk bermain dengan baik. Sekarang kami perlu bekerja keras, teruskan perjuangan seperti yang kami lakukan hari ini," katanya.

Iklan

Sebelum ini, Liverpool mencatatkan tiga kekalahan dalam empat aksi terakhir termasuk tewas kepada Watford 0-3 dalam aksi EPL selain ditunjukkan jalan keluar daripada saingan Piala FA selepas diaibkan Chelsea 0-2.

Malah The Reds turut mengharungi aksi hambar dalam perlawanan menentang Bournemouth itu selepas ketinggalan seawal minit kesembilan menerusi gol kontroversi Callum Wilson.

Iklan

Mohamed Salah dan Sadio Mane bagaimanapun menyelamatkan maruah pendahulu liga itu menerusi gol pada minit ke-25 dan minit ke-33.

Dalam pada itu, Klopp tidak panik dengan prestasi semasa pasukannya itu dan menuntut para pemainnya itu menumpukan perhatian kepada aksi timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid di Anfield, Khamis ini.

"Kami tidak konsisten dalam dua minggu terakhir ini. Ia tidak bagus. Tetapi, pemain bekerja keras dan mahu kembali kepada prestasi terdahulu sehingga penghujung musim.

"Sekarang kami ada tiga hari untuk bersedia menghadapi satu lagi perlawanan sukar dan sudah tentu kami akan berikan yang terbaik bermain di Anfield," katanya.