SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) bersama agensi kerajaan lain telah memutuskan untuk tidak membenarkan kapal persiaran memasuki semua pelabuhan di negara ini termasuk Pelabuhan Klang berkuat kuasa serta-merta susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan di Facebook miliknya berkata, sekatan itu akan ditarik balik sehingga keadaan kembali pulih serta penyebaran wabak itu dapat dikawal sepenuhnya.