Pelawak GBob jalani pembedahan buang darah beku di kepala

Iklan
Pelawak, Gbob.

PELAWAK Gbob telah dimasukkan ke hospital selepas terjatuh di rumahnya semalam.

Akibat kejadian tersebut, Gbob atau nama sebenarnya Mohd Hamizi Hashim, 33, yang juga bekas peserta program Raja Lawak itu terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan darah beku di kepalanya.

Iklan
Iklan

Berita tersebut dikongsi rakan pelawak, Amir Raja Lawak menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya hari ini.

"Sahabat kami daripada famili Raja Lawak iaitu Gbob terjatuh ketika di rumahnya pada pagi semalam dan kini sedang mendapatkan rawatan di HKL.

Iklan

"Perkembangan terkini, Gbob sekarang berada dalam bilik pembedahan untuk membuang darah beku dalam kepala.

"Insya-ALLAH tiada apa-apa yang buruk. Jangan buat spekulasi bukan-bukan,” tegas Amir.

Iklan

Bagi mereka yang ingin membantu dan meringankan urusan keluarga Gbob, bolehlah menghulur sumbangan atas nama isterinya, Siti Aisyah Wahiddin menerusi akaun 1143 0207 5393 (Maybank).

Dalam masa yang sama, Amir memohon orang ramai agar mendoakan Gbob cepat sembut dan dipermudahkan urusan rawatannya.

"Doa yang baik-baik untuk Gbob dan famili, insya-ALLAH. Semoga Gbob cepat sembuh dan dipermudahkan urusan keluarga Gbob,” tulisnya.