Bersediakah kita jika gaji dipotong kesan Covid-19?

Iklan
Adakah kita ada pelan kontigensi sekiranya menerima memo syarikat meminta kita bercuti dan dipotong gaji?

MERAK Jalanan bersimpati dengan nasib kakitangan Malindo Air yang diminta bercuti dua minggu tanpa gaji dan dipotong gaji 50 peratus susulan wabak koronavirus (Covid-19).

Ia adalah keputusan yang terpaksa diambil setelah pelbagai langkah diambil syarikat penerbangan itu untuk menghadapi kekurangan pendapatan.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, kawan-kawan Merak Jalanan yang majikan mereka di luar negara sudah melaksanakan potongan gaji 50 peratus ke atas pekerja.

Kawan Merak Jalanan yang bekerja sebagai pereka grafik syarikat yang beribu pejabat di Switzerland diberi kata dua sama ada menerima keputusan itu atau berhenti kerja.

Iklan

Sudah pasti mereka terpaksa menerima keputusan itu kerana dalam keadaan ekonomi ketika ini amat sukar untuk mencari kerja baharu.

Jika Covid-19 berterusan, apa yang dihadapi Malindo Air dan syarikat kawan Merak Jalanan pasti berjangkit kepada syarikat-syarikat lain kerana umum mengetahui bahawa wabak itu memberikan kesan besar kepada ekonomi dunia.

Iklan

Rantaian kesan itu kita dapat lihat apabila pusat beli-belah yang dahulunya sesak kini lengang dan pelbagai program yang boleh merancakkan ekonomi terpaksa ditangguhkan.

Industri pelancongan seperti hotel yang fokus kepada pelancong luar sebelum ini pastinya menerima kesan besar.

Merak Jalanan tidak mahu kita semua panik tetapi kita harus mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya kesan Covid-19 melanda syarikat kita bekerja.

Apa persediaan yang kita mampu buat jika menerima memo syarikat meminta kita bercuti dan dipotong gaji?

Adakah kita ada pelan kontigensi sekiranya berlaku kepada diri kita?

Bagi yang sudah mempunyai persediaan, maka teruskan dengan perancangan sedia ada tetapi bagi yang masih belum ada segeralah berbuat demikian kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.