Cameron Highlands: Yakin tiada undi protes ahli MIC

Iklan
Ramli Mohd Nor.- Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

CAMERON HIGHLANDS - MIC yakin tiada undi protes dalam kalangan ahlinya terhadap calon BN, Ramli Mohd Nor.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, ini kerana pihaknya telah menjelaskan bahawa kerusi tradisi MIC tersebut hanya dipinjamkan sementara dalam PRK Cameron Highlands.

Iklan
Iklan

"Tiada undi protes kerana kita telah buktikan secara jelas ini adalah kerusi pinjaman kepada calon terbaik yang boleh menang.

"Kita lihat potensi agak tinggi untuk menang dan ahli MIC cukup matang dan faham keadaan sebenar. Walaupun ada yang tak puas hati tetapi mereka sentiasa bersama kita," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Iklan

Dalam PRU14, kerusi Parlimen Cameron Highlands dimenangi oleh Datuk C Sivaraajh.

Namun, kemenangannya dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Iklan

Menurut Saravanan, calon BN juga lebih sesuai kerana merupakan penduduk situ.

"Ini satu-satunya calon yang akan duduk di kawasan. Sebelum ini calon yang menang pegang jawatan di Pusat.

"Tetapi kita perlu calon di Parlimen Cameron Highlands dan duduk sini selesaikan masalah. Kita juga lihat kebanyakan isu adalah berkaitan dengan Kerajaan Negeri bukan Pusat," katanya.