Tiga ADUN Perak umum keluar PH

Iklan
Choo Kiong (tengah) bersama Hasnul Zulkarnain dan Sivasubramaniam mengumumkan keluar parti dan menjadi bebas.

IPOH - Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Pakatan Harapan (PH) mengumumkan keluar parti dan menjadi bebas susulan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional di Perak hari ini.

ADUN Tronoh dan Buntong daripada DAP iaitu Paul Yong Choo Kiong dan A Sivasubramaniam serta ADUN Titi Serong daripada Parti Amanah Negara (Amanah), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim turut menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Iklan
Iklan

Choo Kiong berkata, keputusan itu diambil bagi menjaga hak rakyat sebagai wakil rakyat.

"Kita sudah fikir beberapa hari lalu kita buat satu ketetapan di mana kami bertiga mengambil keputusan keluar parti dan menjadi bebas supaya hak rakyat di kawasan kita dan seluruh perak dipelihara.

Iklan
Iklan

"Terbentuknya Perikatan Nasional tidak sempurna tanpa kehadiran wakil rakyat dari kaum Cina dan India,” katanya.