PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perdana Putra di sini selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini.
Muhyiddin dilaporkan menghadap Seri Paduka untuk mempersembah dan mendapat perkenan sebelum mengumumkan senarai barisan Jemaah Menteri pada petang ini.